LOUNDRY SELF SERVICE , sebuah syarikat yang mengandali kan perkhidmatan pencucian pakaian layan diri . Syarikat kami baru ditubuh kan sekitar 2010 di bawah naungan syarikat-syarikat bumiputra dengan no lesen
Kami juga menyedia kan perkhidmatan pada mereka yang ingin membuka francais dimana-mana outlet yang mereka merasakan bagus dari segi kawasan, pelanggan dll . Kami juga buka public share pada mereka-mereka yang modal nya sedikit dengan kadar pegangan keuntungan 40% syarikat 60% anda .
Syarikat kami berharap dapat memperluas kan lagi pasaran dengan seluas nya ke agensi-agensi ipta/ipts , asrama-asrama kilang ,asrama latihan-latihan kerajaan dll .
KELEBIHAN DOBI LAYAN DIRI
Kini, padanan secara 'modified' ini lebih mendapat tempat di kalangan pengusaha-pengusaha dan pemilik-pemilik premis (kolej, universiti dan sekolah berasrama) berbanding mesin basuh import seperti mytag dan speed queen dengan harga yang mahal akan membeban kan pengusaha-pengusaha dobi layan diri .
Kelebihan mesin basuh layan diri coin box yg dipasarkan oleh pengedar-pengedar dapat menjimat masa dan wang . Dari kaji selidik yang kami jalan kan , kebanyakan pelanggan yang hantar ke dobi biasa akan di caj sekilo rm3.50 hingga rm4.50 berpandu kan pada cara cucian mana yang mereka mahu kan . Dengan mesin dobi layan diri anda akan dapat jimat lebih rm10 hingga rm30 dengan sekali cucian . Anda bayang kan hanya sekitar rm4 atau setinggi rm6 anda mampu mencuci baju di dobi layan diri sekitar 5kg-10kg berat cucian.
DOBI BIASA=5KG X RM3.50 = RM17.50 ( KOS YANG HARUS DIBELANJA KAN)
DOBI LAYAN DIRI=5KG X SEKALI BAYAR RM4.00=RM4.00 EXTRA MESIN KERINGAN BAJU RM4.00 TOTAL RM 8.00 ( KOS YANG HARUS DIBELANJA RENDAH)
JIMAT=RM9.50
Lihat perbezaan di atas dengan kos yang anda keluarkan , jauh beza bukan harga yg terpaksa di labur kan .
PERANCANGAN PELABURAN DAN PENYELARASAN
CONTOH MESIN DUIT SYILING UNTUK KEGUNAAN DOBI LAYAN DIRI
HARGA 1 BOX RM2300
Dimensi Mesin(W x D x H (cm) ) 25 x 16 x 31 (paling besar di pasaran)
Jenis syiling Pelbagai (10,20,50 sen)
Jumlah masa basuhan Mengikut kesesuaian masa mesin basuh
Ciri-ciri keselamatan 2 kunci bulat (pintu luar dan kotak syiling)
Ruang pemasangan Dilekatkan pada dinding dengan wallsoket
Ciri-ciri lain - Lampu merah Berkelip semasa minit terakhir
- Bunyi penggera Semasa minit terakhir
Paparan digital Jumlah syiling dan masa basuhan
MENGAPA PERLU MEMILIH BLACK BOX
Blackbox adalah coinbox yang paling besar yang ada dalam pasaran. Dengan saiz yang besar, peti syiling di dalam blackbox boleh menampung jumlah syiling yang lebih banyak sehingga mencecah RM400. Selain dari itu, ruang kosong antara peti syiling dan coin sensor turut membantu menampung jumlah syiling sekiranya berlaku limpahan syiling. Ini menjadikan jumlah keseluruhan syiling yang boleh dimuatkan di dalam blackbox sebanyak RM600. Ini membolehkan kutipan dilakukan 2 atau 3 minggu sekali, sekaligus mengurangkan kos pengangkutan , penyelasan dll .
Ruang kosong di antara coin sensor dan peti syiling juga dapat mengalih kan masalah mesin yang tidak berfungsi berpunca dari syiling yang tersangkut dan ini boleh mengelakkan kos penyelenggaraan yang timbul berpunca dari syiling penuh.
Blackbox juga disediakan dengan ciri-ciri keselamatan tersendiri yang mengurangkan risiko kecurian. Dengan jenis kunci bulat pada peti syiling dan pintu blackbox, mangga solex juga boleh dilekatkan pada blackbox sebagai kunci ketiga untuk menambahkan lagi ciri-ciri keselamatan ini. Selain itu kami juga menyediakan metallic hose sebagai penyambung antara blackbox dan washing machine untuk mengurangkan risiko vandalisma.
Selain dari itu, blackbox juga mempunyai ciri-ciri moden dalam menentukan 'setting' jumlah syiling dan masa basuhan. Butang-butang 'setting' ini membolehkan caj dan masa basuhan diubah dari masa ke semasa sekiranya perlu. Ini mengatasi kebolehan-kebolehan coinbox lama yang memerlukan penukaran hardware untuk mengubah 'setting' ini. Kebolehan menerima pelbagai syiling juga (10, 20 dan 50 sen) memudahkan pengguna-pengguna berbanding dengan sesetengah coinbox termasuk washing machine import yang hanya boleh menerima 1 atau 2 jenis syiling sahaja.
MURAH & MENJIMATKAN KOS TAPAK DAN KOMISYEN AM PADA PENYELIA KAWASAN HOSTEL IPTA/IPTS , PUSAT LATIHAN DLL
Kami juga menjalankan perniagaan dobi layan diri ini melalui syarikat-syarikat proksi kami. seperti biasa, ada kolej atau universiti yang mahukan pemasangan meter elektrik dan air untuk caj utiliti selain dari caj sewa tapak wajib. Jadi, adalah sangat penting untuk memilih jenama mesin basuh yang menjimatkan dalam penggunaan utiliti ini. Penggunaan mesin LG ini adalah bertepatan dengan penjimatan kos utiliti ini.
SPESIFIKASI MESIN LG
Kapasiti Muatan Penuh 7.0 kilogram
Warna Mesin Free silver
Dimensi Mesin(W x D x Hmm) 572 x 598 x 965
Berat Mesin ( KG ) 134
Sistem Kawalan Fuzzy logic
Algorisme Basuhan Basuh – bilas – kering
Program Basuhan 9
Jumlah Masa Pusingan Basuhan (minit ) 45
Paparan Digital Paparan 88
Noise Level (db ) Membasuh/Mengering 45/52
Kadar Pusingan Motor (rpm ) 50 Hz 700
Kuasa Masukan (Watt ) 50 Hz 290
Maximun Power Consumption ( W/h ) 50 Hz 85
Water Consumption Cycle (liter ) 75 liter
Penggunaan Elektrik
Melalui spresifikasi di atas, penggunaan kuasa elektrik bagi setiap unit adalah 85 Watt sejam. Masa basuhan pula adalah 45 minit dan pengiraan terperinci adalah seperti berikut:
1kW = 1000 W = RM 0.218
Maksimum Penggunaan Elektrik setiap basuhan = 85W @ RM 0.018
Masa basuhan lengkap adalah 45 minit = RM 0.014 (1.4 sen per basuhan)
Penggunaan Air
Basuhan lengkap melibatkan penggunaan air sebanyak 75 liter.
Pengiraan adalah seperti berikut :
1 m3 = 1000 liter = RM 0.57
75 liter = RM 0.57 x 75/1000 = RM 0.042 bagi setiap basuhan lengkap.
Jumlah penggunaan Utiliti = Elektrik + Air
= RM 0.014 + RM 0.042
= RM 0.056 ( 5.6 sen bagi tiap basuhan lengkap)
Purata penggunaan maksimum = 5 kali basuhan sehari @
150 kali basuhan dalam sebulan ( 30 hari)
= 150 x RM 0.056
= RM 8.40 sebulan
Pengiraan ini boleh dimuatkan di dalam kertas kerja anda untuk mendapatkan pengecualian pemasangan meter elektrik dan air. Anda boleh menawarkan kadar utiliti tetap sebanyak RM10 untuk setiap mesin selain dari kos sewa tapak wajib.
BERAPA PENDAPATAN YANG BAKAL KITA DAPAT
Untuk pengiraan pendapatan ini, kita gunakan operasi di sekolah berasrama sebagai contoh. Pendapatan di sekolah berasrama adalah yang terendah berbanding kolej atau universiti. Kita gunakan purata basuhan 5 kali sehari untuk setiap mesin yang dipasang berdasarkan purata 1 mesin untuk setiap 100 pelajar.
5 basuhan x 30 hari = 150 basuhan sebulan.
Caj yang dikenakan untuk sekali basuhan adalah RM3.
150 basuhan x RM3 = RM450 kutipan bulanan.
Sewa tapak untuk setiap unit mesin di sekolah berasrama adalah RM50.
RM450 – RM50 = RM400 kutipan bersih untuk setiap mesin. Ini adalah lebih dari 10% modal permulaan RM3300. Anda akan dapat pulangan modal kurang dari 10 bulan beroperasi.
Pengiraan ini adalah untuk operasi di sekolah berasrama. Jika anda berjaya mendapatkan premis2 seperti kolej atau universiti, anda akan mendapat pendapatan yang jauh lebih tinggi.
Mulakan pencarian tapak2 premis dari sekarang. Hubungi kami untuk pemasangan setelah anda berjaya.
MEMULAKAN LANGKAH MENCARI TAPAK PREMIS
Ramai yang bertanya kami bagaimana hendak memulakan pencarian tapak2 premis. Di sini kami akan terangkan apa yang perlu anda lakukan.
1) Dapatkan senarai sekolah berasrama, kolej dan universiti di tempat berhampiran anda.
Modal adalah isu utama untuk memulakan perniagaan dobi layan diri ini. Beroperasi jauh dari tempat tinggal anda akan menambahkan lagi kos modal permulaan untuk mendapatkan tapak, pemasangan dan servis selepas pemasangan sebelum kutipan pertama. Mulakan dengan premis2 berhampiran anda dahulu sebelum dikembangkan ke tempat2 lain.
2) Sediakan kertas kerja untuk dihantar kepada pemilik premis.
Kami ada menyediakan contoh kertas kerja kepada pengusaha2 yang berminat. Anda boleh 'edit' kertas kerja ini untuk menjadikannya kertas kerja syarikat anda. Kertas kerja yang siap di'edit' hendaklah di'print' secara 'color print' sebelum di 'binding' untuk memberi 'value' kepada kertas kerja anda ini. Penghantaran juga hendaklah dilakukan 'by hand' kepada pengetua sekolah, pengarah kolej atau HEP untuk universiti2. Buat pembentangan kertas kerja anda di hadapan mereka2 ini.
Note : Anda perlu berdaftar dengan kementerian kewangan di bawah nombor kod DOBI untuk membolehkan anda beroperasi di sesetengah kolej dan universiti. Universiti awam juga memerlukan anda mendaftar sebagai vendor di pejabat bendahari universiti sebelum anda dipanggil untuk temuduga tender.
3) Tindakan Susulan (follow up) melalui telefon.
Tindakan susulan (follow up) perlu dilakukan di mana2 premis yang anda hantar kertas kerja anda sebelumnya. Anda hanya perlu telefon kepada pemilik2 premis untuk membuat 'follow up' ini. Ada sesetengah tempat yang memakan masa sehingga dua tiga bulan sebelum anda dapat tawaran pemasangan.
4) Dapatkan surat tawaran pemasangan dari pemilik premis sekiranya anda ditawarkan tapak.
Surat tawaran ini boleh anda gunakan untuk dimuatkan di dalam kertas kerja anda yang seterusnya. Ini menambahkan lagi 'value' kertas kerja anda dengan adanya surat2 tawaran dari tempat2 lain. Surat tawaran ini juga boleh digunakan sebagai bukti operasi sah anda sekiranya timbul masalah akibat dari pertukaran pengetua atau pengarah.Setiap surat perjanjian harus lah di simpan rapi agar tiada kesulitan kemudian hari ..
5) Lawatan tapak untuk setiap unit mesin.
Kebanyakan premis tidak menyediakan bilik dobi yang khusus untuk tujuan dobi layan diri ini. Anda perlu menyediakan pendawaian elektrik, paip air dan paip buangan (drain). Anda boleh mengupah charge-man untuk pendawaian plug 3 pin dan tukang paip untuk paip air dan paip buangan. Contoh2 pemasangan boleh anda lihat dibawah ini
6) Beli mesin basuh di kedai2 elektrik berhampiran.
Kami cadangkan mesin basuh jenis LG muatan atas (top load) 7 kilo - model WF-CL700 untuk sekolah-sekolah berasrama atau LG muatan atas 7.5 kilo model WF-CL750 untuk kolej-kolej dan universiti-universiti. Sebab-sebab kami memilih jenama ini kerana ia murah dan menjimat kan kos letrik dan air dengan hanya sekitar rm850 hingga rm1000 untuk setiap mesin basuh jenis ini akan dapat mengurang kan kos penyedian dobi layan diri. Minta penghantaran terus ke tempat2 pemasangan secara percuma. Ini akan menjimatkan kos transport selain dari harga berpatutan yang anda dapatkan sendiri dari pihak kedai.
7) Pemasangan black box .
Kami akan membuat penyambungan blackbox dan metallic hose .
Beginilah caranya untuk anda memulakan perniagaan dobi layan diri ini. Yang penting perlu ada sedikit usaha dari pihak anda serta sedikit bimbingan dari pihak kami. Kami percaya anda mampu lakukannya.
PELAN PEMASANGAN SUMBER UTILITI
Ramai pengusaha yang memandang remeh dalam menyediakan sumber2 utiliti untuk operasi dobi layan diri ini. Pemasangan dibuat sambil lewa dan menggunakan barangan yang rendah kualitinya untuk mengurangkan kos pemasangan. Ini boleh menjejaskan imej syarikat di mata pemilik2 premis dan menyukarkan penyambungan kontrak nanti.
Di sini, kami ingin sekali lagi mencadangkan kepada pengusaha2 yang menggunakan black box untuk mendapatkan wireman dan plumber yang bertauliah dan memerhatikan kualiti kerja2 mereka untuk mendapatkan kepercayaan pemilik2 premis.
MODEL PERNIAGAAN
Ini salah satu model dobi layan diri yang telah siap diubah suai untuk sebuah primis perniaga . Mengguna kan 7 mesih basuhan dan 3 mesin kering dengan kadar purata setiap basuhan 10kg bersamaan setiap basuhan RM5.00 . keringan baju RM5.00 .
Modal berbayar RM57000
PECAHAN PERBELANJAAN CAFÉ DOOBI LAYAN DIRI
10set mesin coin X RM2300 =RM23000
7 set mesin basuh X RM1000 = RM7000
3 set mesin kering X RM1000 = RM3000
2 set tangki air + 1 pam air filter power injucter RM 2500
Pendawaian eletrik dan pembekalan air berpusat RM 2000
Pengubahsuaian keseluruhan RM5000 seperti
Meja x 4 set / pemasangan meja computer /kuanter tukaran wang dan belian sabun dll
7 set computer + window original RM9800
Sewa primis perniagaan RM1500 X 3bulan =RM4500
PENGIRAAN SKALA KEUNTUNGAN
1 set mesih basuh / kering purata penggunaan 5kali sehari RM5.00 setiap basuhan dengan masa perniagaan dara jam 10am-12pm
1set set penggunaan computer 3jam bersamaan setiap 1jam rm2.00 x 3jam=rm6.00
Belian barangan seperti 30 pek sabun basuhan dan minuman 20 tin air
1SET MESIN BASUH 5 X 30 HARI = 150 KALI PENGGUNAAN DALAM SEBULAN
150 X RM5.00 = RM750.00 ( TOTAL KASAR SETIAP 1SET MESIN RM750)
RM750 X 10 SET MESIN BASUH / KERING = RM7500.00
1SET PENGGUNAAN KOMPUTER 1JAM X RM2.00
SEHARI 3JAM DIGUNAKAN SETIAP KOMPUTER
3JAM X RM2.00 = RM 6.00
RM6.00 X 7 COMPUTER = RM42.00
RM42.00 X 30HARI = RM1260.00
1PEK SABUN BASUH RM2.00 X 30PEK SEHARI =RM60.00
1 TIN MINUMAN RM 2.00 X 20TIN SEHARI =RM 40.00
KESELURUHAN SABUN+ TIN MINUMAN = RM100.00
RM100.00 X 30HARI=RM3000.00
MESIN BASUH / KERING RM 7500.00
PENGGUNAAN KOMPUTER RM 1260.00
JUALAN CAFÉ DAN KEDAI RM 3000.00
RM 11760.00( SEBULAN)
KEUNTUNGAN BERSIH
RM 11760.00 – BAYARAN BULANAN
1> SEWA PRIMIS RM 1500
2> BIL AIR DAN ELETRIK RM 1000
3> BARANG-BARANG KEDAI SABUN DAN AIR TIN RM 1700
4> GAJI PEKERJA RM 600
JUMLAH KESELURUHAN RM 4800
JUMLAH KASAR RM 11760.00
BAYARAN BULANAN RM 4800.00
JUMLAH BERSIH RM 6960.00
JUMLAH KEUNTUNGAN BERSIH RM 6960.00
Jumlah keuntungan melebihi 10% modal pelaburan . 10 bulan sudah mendapat semula modal berbayar dan boleh di gunakan untuk membuka 1 lagi cawangan dobi layan diri ………
Bagi mereka yang tidak mempunya modal yang banyak kami akan memberi public share dengan harga 1set mesin rm 5000 dengan kadar keuntungan 40% syarikat 60% pelabur . 40% itu termasuk sewa tapak/eletrik dan air .Kawasan kami sedia kan di tempat-tempat yang strategi yang akan kami pantau kekerapan penggunaan mesin dobi layan diri ini .
Atau anda juga boleh menempah untuk belian siap mesin basuh + mesin syiling dengan harga rm3300 setiap 1 set pemasangan percuma . Kawasan anda sedia kan , syarikat akan memasang di kawasan yang anda pilih dengan percuma dan setiap kutipan hasil diselengara oleh anda sendiri, mungkin setiap seminggu sekali atau dua minggu sekali kutipan dan juga diserta kan manual service untuk mesin syiling .
BAGAIMANA DENGAN KOS PENYELARANGAAN ?
Kami akan dapat kan mesin basuhan yang baru dengan warenty 2tahun atau 5tahun . Ini akan dapat meminima kan risiko kerosakan mesin-mesin tersebut , Setiap pengeluaran atau kutipan akan kami maklum kepada pelabur terlebih dahulu atau pelabur boleh datang sendiri untuk melihat hasil kutipan syiling tersebut , ini bagi mengelak dari salah faham di kemudian hari .
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA EMAIL PADA KAMI
apatlelex@gmail.com / araf_alax@yahoo.com.my
CALL NUMBER : #6019-2511436 OR #606-7993466
AZLAN SULAIMAN…………………..